05 August 2020

TUNJUK CARA TIDURKAN ANAK DALAM KERETA - PU ABU TERIMA KECAMAN



Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan nampaknya sekali terpalit dengan kecaman meskipun kontroversi rumah tangganya sudah reda. Ini semua gara-gara memuat naik foto cara tidurkan anak dalam kereta. Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram miliknya, kelihatan anaknya tertidur di pangkuannya tempat duduk pemandu ketika kereta sedang bergerak.



"Antara cara-cara aku nak tidur atau diamkan anak-anak aku (Adam dan Mateen) kecuali aisyah adalah dengan pangkukan mereka dekat tempat pemandu. Contohnya macam dalam gambar. Tapi aku akan berhentikan kereta di mana-mana dululah. Biasanya tak lama 5 ke 10 minit mereka akan tidur then aku letaklah kat car seat. Mudahkan?," katanya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakannya itu kerana meskipun hanya mengambil masa 5 minit ia tetap boleh mengundang bahaya. Kata netizen lagi, jangan sebab nak bagi anak tidur tetapi keselamatan anak tidak dihiraukan.

Namun ada segelintir netizen seolah memahami tindakan PU Abu itu kerana adakalanya anak merengek tidak mahu duduk di kerusi bayi sehingga terpaksa dipangku ketika memandu. Untuk makluman, PU Abu mempunyai dua orang cahaya mata dari dua orang bekas isterinya Ain ‘Afini (Muhamad Adam Aysar) dan Hana Azra (Muhammad Uwais Al-Mateen).

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: