Pelakon Fizo Omar telah memuat naik satu video kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku akibat sikap cuai pemandu kereta yang menukar lorong secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kecederaan penunggang motorsikal menerusi laman Instagram miliknya dan ia telah mendapat perhatian.
"Kesian dekat abang-abang motor itu. Saya sendiri yang naik motor pun kadang-kadang jadi fobia bila selalu tengok kejadian macam ini. Sama-sama kita berhati-hati untuk diri kita dan orang lain juga," katanya.
Klik untuk gambar besar
Lebih malang lagi, penunggang motosikal itu terjatuh dan dilanggar sebuah lagi motosikal dari arah belakang. Dalam pada itu, pelakon drama Maaf Tak Indah ini memberitahu perkongsian itu tidak bermaksud mengajak orang ramai mengecam pemandu terbabit sebaliknya hanya sekadar peringatan untuk lebih berwaspada.
"Saya kongsi video ini bukan untuk bagi netizen kejam atau marah kepada pemandu itu. Dia bukan sengaja dan minta ini berlaku. Kita doakan semuanya selamat dan semua pemandu termasuk saya sendiri lebih berhati-hati selepas ini okey," ujar Fizo.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fizo Omar
________________________

No comments:
Post a Comment