21 August 2020

BILA AAFIYAH BUAT KEK SEMPENA ANNIVERSARY KE-14 IBU BAPANYA



Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini telah berkongsi di laman Instagram dimana anaknya, Siti Aafiyah membuat buat kek sempena ulang tahun perkahwinan ke-14 ibu bapanya. Siti memuat naik video keletah Aafiyah dari mula menyiapkan kek tersebut sehingga diberikan kepada ibu bapanya.

Dalam video tersebut, Aafiyah yang kini berusia 2 tahun itu dibantu oleh pengasuhnya mendekorasi kek itu sendiri untuk kejutan istimewa sambutan ulang tahun perkahwinan ke-14 Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohd Jiawa atau Datuk K.

"Alhamdullillah.. Syukur. Terima kasih anakku sayang buatkan kek anniversary ayah dan ibu. Aafiyah penyeri dan anugerah sangat bernilai bagi kami. Alhamdullillah 14 tahun yang indah. Semoga sampai ke Jannah. Aamiin ya rabb…," katanya.

Klik untuk gambar besar


Video tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur melihat celoteh Aafiyah yang petah bercakap. Tidak kurang juga ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut yang menyambut ulang tahun perkahwinan.

Untuk makluman, Siti dan Datuk K bernikah pada 21 Ogos 2006 dan menimang cahaya mata selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Siti Nurhaliza

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: