19 August 2020

BILA MAN RAJA LAWAK DI TUDUH MENIPU, SEDEKAHNYA KETIKA PKP HANYA 'SEMBANG KARI'?



"Konon-Konon Hero Sedekah Ribu-Ribu, Padahal Tak Buat Pun," begitulah tuduhan yang dilemparkan terhadap Man Raja Lawak mengenai sumbangannya kepada masyarakat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

"Allah bayar cash, sekarang kau makin tak popular. Kena ingat tau hidup ni jangan pernah menipu. Aku tau, kau dengan geng-geng kau sokonglah macam mana pun aku tetap tau," tambah individu yang dikenali sebagai Adam Mazwan itu melalui laman sosialnya.

Dakwanya lagi, Man sekadar menipu rakyat Malaysia kononnya memberi bantuan ribuan ringgit kepada orang ramai semata-mata mahu kelihatan ‘hero’ di mata masyarakat.

Bagaimanapun, dakwaan itu ditepis dan dibalas kembali oleh Man yang dimuat naik satu posting sebagai menjawab isu itu di laman Instagramnya kelmarin.

"Jom dik jumpa abang kat balai.. abang tunjuk semua bukti depan mata kau nanti. Lepas tu abang saman kau pulak. Abang dapat duit RM4 juta, Abang bagi sumbangan lagi pasal abang memang nak nampak HERO di mata masyarakat," balasnya.

Namun pelawaan Man itu tidak ditakuti oleh Adam, dia sebaliknya mencabar agar Man mengemukakan saman terhadapnya kerana mendakwa dia mengenali pelawak tersebut dengan rapat.

"Saman la.. kita tengok siapa yang menang kes kat mahkamah. Bawak bukti transaksi atau bukti sedekah dulu kata bank in je kan?" cabar Adam juga turut mendakwa, tindakan Man menularkan komen ditulisnya juga adalah untuk tujuan mencari publisiti dan meminta pelawak tersebut bertaubat.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: