19 August 2020

AIN EDRUCE DIKECAM FOTO DICIUM SUAMI: "ADA TAK TAHU SAYA DAH KAHWIN... TOKSIK"



"Ada orang tak tahu lagi agaknya yang saya dah kahwin. Ada yang kecam dan tanya kenapa post gambar cium-cium dengan boyfriend, kan berdosa... haram. Ada pula yang cakap saya kan dah ada suami kenapa post dengan lelaki lain ni. Bila saya baca saya terfikir macam mana saya nak balas komen mereka dan beritahu yang saya dah kahwin.

"Tapi lawak la juga... ada yang balas dan tolong jawabkan. Mereka kata itu memang suami saya, saya cuma tulis boyfriend di kapsyen," demikian kata pelakon dan pengacara Ain Edruce yang mengakui tidak memahami sikap segelintir pengguna media sosial apabila menreima kecaman netizen selepas berkongsi foto mesra bersama suami di Twitter.

Foto yang dikongsikan Ain memperlihatkan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa menciumnya di bahagian pipi sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-29 dituduh tidak tahu hukum hakam sebagai Muslim. Pengacara program Hero Remaja 2020 ini berpendapat tiada salahnya untuk dia berkongsi gambar mahupun momen indah bersama suaminya di laman sosial.

Tambah Ain, dia menganggap netizen yang mengecamnya masih belum berkahwin dan tidak memahami perasaan pasangan berumah tangga: "Ada juga yang cakap saya tak perlu pamerkan kebahagiaan di media sosial walaupun dah kahwin.

Klik untuk gambar besar


"Saya rasa tak banyak pun gambar suami saya di akaun media sosial saya. Saya nak belanja gambar suami sikit-sikit pun ada orang nak kecam. Mungkin mereka tak kahwin lagi. Mana tahu mereka pula yang nak bercium-cium. Tapi saya janji saya takkan kecam kalau mereka post gambar macam tu," ujarnya.

Dalam pada itu, Ain berkata dia tidak mampu untuk memarahi pengguna laman sosial yang memberikan komen negatif dan menganggap kecaman netizen itu merupakan perkara biasa. Akui turut terganggu dan sedih dengan kata-kata negatif yang dilemparkan, pelakon drama 'Kekasih Paksa Rela' ini berkata dia mengelak daripada membaca komen di laman sosial miliknya sebagai salah satu cara untuk mengelak daripada berasa tertekan.

"Twitter dah jadi toksik. Tapi saya pun tak boleh nak marah setiap seorang. Saya anggap itu biasa... ada orang suka ada orang tak suka. Saya pun jenis terganggu juga. Kadang-kadang saya nampak saja macam ni tapi tipulah kalau saya tak baca komen dan tak sedih. Cara saya senang saja... elak daripada baca komen," tutur Ain yang mendirikan rumah tangga dengan Amirul pada 13 Disember 2019.



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram AIn Edruce


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: