19 August 2020

TEGUR CARA BUKA AIB ORANG - USTAZ ABU SYAFIQ DAKWA RESORT VIRAL TIADA KELULUSAN RASMI



"Perbuatan memburuk-burukkan perniagaan orang lain dengan membuka aib sedangkan anda boleh tegur secara harmoni adalah amalan yang perlu dijauhi. Lipas, darah dan sampah, 'mata lalat' sahaja yang tajam. Tegurlah dengan baik," ujar pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq menerusi entri terbaharu di laman Instagram.

Ustaz Abu Syafiq tampil menegur tindakan individu yang memburuk-burukkan perniagaan orang lain dalam niat untuk memberikan kesedaran. Jelas Abu Syafiq, tindakan sewajarnya adalah menegur dengan cara berhemah dan harmoni tanpa perlu mendedahkan sisi buruk pihak lain.

Malah, Ustaz Abu Syafiq turut menyelar tindakan pemilik resort yang tular baru-baru ini dan mendakwa premis itu tiada kelulusan rasmi: "Resort tidak ada kelulusan yang rasmi. Tipu orang kuat. Lepas tu marah orang. Malulah jadi jutawan berlagak sombong hina customer buat fitnah sana sini. Bertaubatlah weei," tulisnya.

Terdahulu tular keluhan seorang atlet parkour yang mendedahkan resort milik seorang usahawan kosmetik tidak dijaga dengan baik dan kotor. Sehubungan itu, seorang usahawan kosmetik kemudiannya tampil mengemukakan bukti video membongkar tindakan dan aktiviti atlet terbabit sepanjang menginap di resort tersebut.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ustaz Abu Syafiq


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: