31 August 2020

BILA ZIZAN DIKECAM NETIZEN GARA-GARA KOMEN NAKAL PADA JENNIE BLACKPINK



Pelawak dan pelakon Zizan Razak baru-baru ini meninggalkan komen mengenai seluar dalam yang dipakai penyanyi kumpulan K-pop Blackpink, Jennie. Mungkin hanya mahu berseloroh, bagaimanapun komen Zizan itu tidak mengundang lucu sebaliknya dikecam oleh netizen.

Rata-rata netizen mengecam pelawak itu dan menyifatkan tindakannya itu tidak menjaga sensitiviti. Malah, netizen juga mengatakan komen Zizan itu memalukan dan seolah tidak menghormati wanita. Difahamkan foto yang dikongsikan oleh Jennie itu terlihat bahagian atas seluar dalamnya.

"Nah sayang ini. Patutlah abang cari boxer (seluar dalam) abang tak jumpa. Sayang pakai rupanya. Tolong basuh nanti pulang balik ye sebab abang beli bundle tu. Barang kena selam baru dapat," katanya.

Klik untuk gambar besar


Komen Zizan itu turut menjadi bualan hangat di Twitter dimana ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati. Kata netizen lagi, meskipun Jennie tidak memahami bahasa Melayu tetapi komen tersebut bukan sesuatu yang normal.

Netizen juga mengatakan komen tersebut langsung tidak kelakar dan meminta Zizan supaya tidak memalukan dirinya sendiri. Malah, netizen turut meminta Zizan berhenti meninggalkan komen di Instagram artis antarabangsa.

Dalam pada itu, hasil tinjauan mendapati Zizan sudah pun memadam komen berkenaan. Sehingga kini masih tiada penjelasan lanjut daripada Zizan mengenai tindakannya itu. Apa pun sama-sama kita nantikan.




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: