31 August 2020

ANAK GENAP 2 TAHUN, HAZIQ KONGSI PENGALAMAN: "TUJUH LAPISAN PERUT KENA POTONG..."



Penyampai radio Hot FM iaitu Haziq Hussni menerusi laman Instagram telah berkongsi pengalaman menemani isterinya, Ayunda Putri ketika melalui proses bersalin secara pembedahan, sempena anak keduanya, Chyra Aulia genap usia dua tahun.

Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 30, berkata, perkara itu membuatkan dia menyedari dan menghargai pengorbanan seorang ibu. Haziq berkata, dia hampir pengsan apabila doktor membelah perut isterinya dan meminta dia melihat dengan lebih dekat.

"Throwback pada hari puteri saya Chayra Auliya dilahirkan. Haziq ada dalam bilik pembedahan. Tengok macam mana doktor potong perut Ayunda Putri. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu.

Klik untuk gambar besar


"Tujuh lapisan perut kena potong nak keluarkan seorang anak. Doktor siap suruh aku tengok lagi dalam perut Putri. Gila kau! Mana mahunya. Pengsan aku dalam tu kang. Tak sempat nak azankan anak, doktor azankan aku dulu," kata Haziq.

Haziq berkongsi pengalaman tersebut dengan memuat naik video dia bersama isterinya sewaktu di dalam bilik bedah menerusi di Instagram pada Isnin. Rata-rata pengikut di laman sosial turut terhibur dengan kapsyen yang ditulisnya dan ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing.

Pengacara program Muzik-Muzik itu berkahwin dengan Ayunda Putri, 30, yang berasal dari Medan, Indonesia pada 15 Julai 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Heidi Nufael, 3, dan Charya Aulia, 2.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Haziq Hussni

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: