11 August 2020

CHEF WAN BIMBANG KEHILANGAN IBU: "MENANGIS PUN KENA PI TANDAS..."



"Dulu pandai juga emak makan roti chapati bersama lauk dhal dan daging Keema itu main kaup-kaup masuk ke mulut. These days her mind does not know how to do that anymore. Dia main cicah-cicah macam tu ada. Jika bagi makan pun kena potong daging kecil-kecil jika tidak dia tinggal aja tepi pinggan tu tak dimakannya.

"Ikan pula kena carik-carikkan dan diasingkan tulang-tulangnya keluar takut tak nampak, tercekik pulak," tulis Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail yang berkongsi kisah bagaimana ibunya yang mengalami Alzheimer Dimentia semakin sukar untuk makan sendiri, mahupun mandi sendiri pada satu entri video di laman Instagramnya.

Chef Wan yang sering berkongsi cerita mengenai ibunya di media sosial, berkata ada ketika ibunya hanya memandang makanan di dalam pinggan kerana sudah tidak pandai untuk mengambilnya sendiri: "She feel lost. Lepas tu jika makan dah macam kanak-kanak dia berkecah-kecah jatuh keliling pinggan. I have been observing this behaviour and pattern of her eating.

"The brain some how slowly start to slow down. Its so obvious. Same thing showering her daily as she does not know how to clean herself properly any more. First the memory slowly fading away, then the hearing and now all the other senses," tulis Chef Wan lagi.

Klik untuk gambar besar


Menurut Chef Wan, dia mula terfikir tentang ibunya yang menunjukkan tanda-tanda Alzheimer Dimentia apabila dia menonton filem 'Still Alice' dan ibunya sudah menunjukkan simptom tersebut. Dia segera membawa ibunya berjumpa doktor untuk diperiksa.

"Bila memberi ibu makan dan menyuap dia, teringat semasa kita kecil bila ibu memberi saya makanan. Tak boleh duduk diam. Lari sana main sini. Emak sabar melayan kerenah saya. Jadi saya belajar untuk bersabar. Sambil suap muka ibu lagi bertambah kasih sayang saya maupun kesedihan saya. Nak menangis pun kena pi tandas tak berani di hadapan ibu," kata Chef Wan.

Ujar Chef Wan lagi dalam rasa sedih, dia mempunyai satu ketakutan bahawa suatu hari nanti apabila dia bangun dari tidur dan ibunya sudah tiada. Yang tinggal hanyalah jasad ibunya sahaja. Tambahnya, ianya satu perkara yang membimbangkan dan menakutkannya apabila memikirkan mereka seolah-olah sudah tidak mempunyai masa untuk bersama antara satu sama lain dengan keadaan ibunya yang semakin tidak sihat.


 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Chef Wan


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: