Pelakon Datuk Aaron Aziz baru-baru ini telah membuat ucapan istimewa kepada isterinya, Datin Diyana Halik sempena ulang tahun ke-17 perkahwinan mereka, hari ini. Aaron yang popular menerusi filem 'KL Gangster' turut berterima kasih kepada isteri yang sentiasa bersama dan menjaga dirinya dan keluarga mereka.
"Semoga Allah selamanya dan sentiasa melindungi keluarga kita. Selamat hari ulang tahun ke-17 Dar. Kawan baik saya, orang kepercayaan dan separuh nyawa saya. Bukan saya tanpa awak. Sayang awak Dar," tuturnya.
Klik untuk gambar besar

Dalam masa sama, Aaron yang bakal muncul dengan drama Jalan Sesat Ke Syurga yang ditayangkan di saluran Astro Prima hari ini berkata, resipi kebahagiaan dalam rumah tangga adalah saling bertolak ansur: "Sebagi suami isteri kena saling bertolak ansur dan berkomunikasi. Dalam perkahwinan, masing-masing ada angin sendiri, tapi isteri saya banyak mainkan peranan penting.
"Dia sentiasa bagi semangat dan 'padamkan api'. Dalam erti kata lain keduanya perlu saling memahami. Rumah tangga adalah kebersamaan. Paling penting, apabila suami dapat isteri sabar dan selalu memaafkan, jangan pula ambil kesempatan," kata Aaron yang dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 16; Dwi Ariana, 14; dan Dahlia Arissa, 10; hasil perkahwinan dengan Diyana.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Aaron Aziz
________________________

No comments:
Post a Comment