09 August 2020

DAYANG TAK GUNA BOTOX ATAU BEDAH, WAJAH ASLI



"Saya belum terfikir untuk melakukan rawatan kosmetik pada bahagian wajah. Lagipun saya takut andai perubahan yang dilakukan tidak seperti yang diharapkan.

"Lazimnya ia mungkin akan beri kesan jangka panjang, jadi saya tidak berani. Kalau boleh, saya cuba elakkan.

"Biarlah tua secara semula jadi dan terimalah seadanya, Alhamdulillah," ujar Dayang Nurfaizah dipetik sebagai berkata pada majlis perlantikannya sebagai duta produk Bungaa di Royale Chulan, Damansara

Tambah Dayang, pada usia sekarang dia lebih selesa melakukan rutin kecantikan sebagaimana kebanyakan wanita seusia dengannya menjaga kecantikan wajah.

"Terpulang kepada individu itu sendiri selagi tidak memudaratkan.

"Saya tidak menentang terhadap kecenderungan individu yang mahu melakukan prosedur rawatan kosmetik.

"Kalaulah cara itu yang membuatkan mereka rasa lebih yakin, siapa saya untuk menghalangnya. "Cuma kalau boleh janganlah berlebih-lebihan bimbang ia akan memberi kesan sebaliknya pula," nasihatnya.

Klik untuk gambar besar

Mengenai perbezaan gaya dan penampilan dirinya pada awal pembabitan dalam seni sehingga sekarang, Dayang menyifatkan ia suatu proses kematangan diri.

"Jujurnya, saya gembira dengan apa yang sudah dilalui sejak awal pembabitan dalam bidang seni hinggalah sekarang.

"Ada yang kata saya bermula dengan gaya yang pelik dari segi gaya rambut dan sebagainya.

"Tetapi itulah yang membuatkan saya tersenyum dan ia seterusnya membuatkan saya belajar, lebih kenal apa yang sesuai dan sebaliknya. Ia proses bagi saya juga. Saya tidak rasa malu. Itulah Dayang Nurfaizah," tambahnya.


www.myartis.com / Sumber: HM


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: