09 August 2020

"MESEJ SEBENAR JANGAN LAKUKAN PERKARA SYIRIK..." - SHIHA TAHU BAIK BURUK



"Sebenarnya, dalam video muzik kali ini, saya hanya mahu mencipta kelainan dan tampil dengan imej berbeza berbanding sebelum ini, itulah yang saya bincangkan dengan pihak label terlebih dahulu. Tetapi, ada pihak yang mendakwa imej saya dan penggunaan props dalam video muzik lagu ini menyerupai Iluminati, kalau benar ia kelihatan sama, saya yakin itu hanya kebetulan.

"Solekan saya dalam muzik video itu hanyalah sekadar untuk membawa watak ahli sihir, sama juga kalau kita saksikan seorang pelakon yang membawa watak ahli sihir dalam filem seram. Manakala, penggunaan lampu berbentuk segitiga sebagai props pula melambangkan huruf A yang juga huruf pertama dalam ejaan tajuk lagu terbaru ini," jelas penyanyi Shiha Zikir.

Bintang 'Dansa Dan Sing' itu tampil memberi penjelasan tentang mesej sebenar yang disampaikan dalam video muzik lagu terbarunya, AEWO. Menurut Shiha, dia menolak dakwaan segelintir pihak yang mengatakan video muzik tersebut mengandungi unsur bertentangan ajaran Islam atau Iluminati.

Klik untuk gambar besar


Tambah Shiha, para peminat tidak harus memandang pada sudut negatif sahaja kerana mesej yang sebenar adalah untuk mengingatkan masyarakat agar menjauhkan diri daripada perbuatan syirik: "Apa yang penting, mesej sebenar yang saya ingin sampaikan adalah jangan lakukan perkara syirik kepada Allah SWT. Mesej ini juga ada ditulis di penghujung video muzik AEWO ini.

"Watak ahli sihir yang saya bawa dalam video muzik ini hanyalah sekadar lakonan yang berdasarkan dunia realiti, saya sendiri ada mendengar kenalan yang mempunyai pengalaman disihir oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Sebab itulah kita jangan menilai sesuatu berdasarkan luaran, jangan fikir pada sudut negatif sahaja, saya pun tahu baik buruk, takkan lah saya mahu kelihatan seperti pengamal Iluminati, jauh sekali untuk menyertainya,"ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nur Sajat


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: