Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelawak Achey mengakui terpaksa mengecilkan ruang parkir rumah barunya demi menyediakan ruang khas buat ibu bapanya yang semakin uzur. Menurut Achey, ruang tamu khas untuk mereka itu dibuat supaya mereka tidak perlu turun naik tangga dan boleh berehat di tingkat paling bawah.

Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap Achey yang mengutamakan ibu bapanya dalam apa jua sekali pun. Terdahulu, Achey mendedahkan dia baru sahaja berjaya membeli sebuah rumah tiga tingkat hasil 10 tahun mengumpul harta dan wang. Achey atau nama sebenarnya Mohd nasir Hamzah berkahwin dengan Nor Hasanah Yahya pada 2011, dan mempunyai seorang cahaya mata, Nur Tiara Zinnirah.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Achey Bocey & @anne_achey
________________________

No comments:
Post a Comment