13 August 2020

DIKECAM CIUM DAHI PELAKON ABU BAKAR JUAH - INI PERJELASAN DIDIE ALIAS



"Terus-terang saya sebenarnya tak mahu melayan isu ini kerana mereka tidak faham bagaimana keakraban saya dengan Ayah (Abu Bakar) yang memang saya anggap seperti bapa saya sendiri. Saya tak tahu tindakan saya itu akan dikecam kerana itu adalah respon semula jadi saya bila Ayah (Abu Bakar) memberi tindak balas dengan mengangkat tangan dan memanggil saya ketika saya datang.

"Isterinya sendiri memberitahu sejak dia dibawa pulang dari hospital, Ayah hanya terlantar sakit tanpa memberi sebarang respon meskipun bercakap. Malah dia terkejut dengan respon Ayah pada hari itu. Jadi bila dia respon begitu, saya sedih dan Ayah pun terus ambil tangan saya dan letak di dadanya seolah-olah seperti hendak memberitahu dia sedang sakit.

"Saya pun tanpa berfikir panjang terus mencium dahinya kerana terlalu simpati dan sedih dengan tindak balasnya. Ketika itu, saya juga memakai 'mask'," demikian kata pelakon dan pengacara, Didie Alias yang tampil menjelaskan tindakannya mencium dahi pelakon veteran Abu Bakar Juah yang sedang terlantar sakit itu sebagai respon semula jadi.

Klik untuk gambar besar


Menurut Didie, dia sudah menganggap Abu Bakar sebagai bapanya dan hubungan mereka yang akrab menyebabkan dia tidak dapat menahan sebak lalu bertindak sedemikian. Didie dihubungi Gempak selepas rakaman videonya mencium dahi Abu Bakar yang sedang terlantar sakit dikecam netizen.

Mengulas mengenai keadaan Abu Bakar, Didie memberitahu pelakon veteran itu sedang menghidap kanser hati: "Saya terkejut bila dapat tahu dia kini jatuh sakit kerana kali terakhir berjumpa dengannya adalah pada dua tahun lalu. Dia segak dan nampak sihat, berbeza dengan keadaan sekarang.

"Saya diberitahu dia kini menghidap kanser hati selepas baru sahaja membuat pemeriksaan MRI," tutur Didie yng turut menziarahi Abu Bakar sambil menjayakan programnya Lady Didie Talk Show untuk segmen Merisik Khabar.



 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Didie Alias


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: