13 August 2020

"PEDANG UNTUK YOU GUYS BAT*NG GATAL... DM KAT TUNANG SAYA" - NABIL MAHIR



"Yang pedang tu untuk you guys yang bat*ng gatal tak abis-abis nak DM benda tak senonoh kat my fiancée. Grow up and stop memperbodohkan diri," demikianlah kata pengacara Nabil Mahir yang memberikan amaran terhadap segelintir pengguna laman sosial tidak bertanggungjawab yang mengganggu tunangnya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat.

Memuat naik fotonya memegang replika pedang samurai, Nabil mendedahkan Ayda diganggu oleh perkara yang tidak senonoh menerusi ruangan mesej di laman sosial Instagram. Tambah mantan pengacara HLive ini lagi, mereka juga tetap bertindak mengganggu Ayda biarpun akaun telah disekat.

"Banyak sangat masa korang siap buat account baru bila kene block. Korang tau kan kalau kitorang make official report, korang boleh kene trace? Warning have been made," tulis Nabil lagi.

Sebelum ini, Nabil melamar pelantun lagu Temberang itu pada sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu. Seterusnya, Nabil dan Ayda selamat melangsungkan pertunangan pada 28 April lalu bersempena sambutan hari lahir Nabil yang ke-32.

Klik untuk gambar besar



 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nabil Mahir


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: