13 August 2020

LISDAWATI: "PEREMPUAN SEKARANG RAMAI YANG SUKA LAKI ORANG"



Menerusi laman Instagram, pelakon Fauzi Nawawi telah memuat naik sekeping foto bersama isterinya, pelakon Lisdawati yang memaparkan isterinya yang sedang melakukan tenungan mata terhadapnya. Posting itu kemudian mencuri tumpuan warganet apabila Fauzi mempersoalkan tindakan isterinya yang seolah-olah tidak puas untuk menatap dirinya sepanjang hidup bersama: "Jangan tenung lama sangat, nanti cair, tak puas lagi ke tengok?!," katanya dalam entri tersebut.

Begitupun, gurauan Fauzi itu kemudian disambut Lisdawati yang merasakan tiada salahnya untuk dirinya sebagai isteri untuk berbuat demikian: "Sebelum orang lain tenung, baik saya tenung. Perempuan sekarang ni ramai yang suka laki orang," balasnya di ruangan komen.

Bahkan, dalam satu entri berasingan, Lisdawati turut menasihati orang ramai untuk tidak melihat mata suaminya bila berbicara: "Fauzi memang suka tenung orang. Jadi, sesiapa bercakap dengan dia jangan tengok mata dia," selorohnya.

 Klik untuk gambar besar

Pada masa sama, netizen turut menyifatkan apa yang diperkatakan Lisdawati itu ada benarnya: "Ayat Lisdawati paling win di abad ini. Dengar baik-baik abang Fauzi. Kalau tak nak belakang kapak jangan cuba menggoda perempuan lain. Kalau orang menggoda abang Fauzi sekali pun, kena tetapkan hati tetapkan iman dan berkatalah hanya maut memisahkan aku dan isteri," komen pengikutnya.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata. Menerusi perkahwinan terdahulu, Fauzi turut mempunyai empat lagi orang anak lain.




 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Fauzi Nawawi & Lisdawati


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: