27 August 2020

ELIZAD DEDAH PENIAGA IG GUNA NAMANYA: "TOLONG JANGAN PERCAYA... ITU BUKAN SAYA"



"Ramai tanya saya benarkah saya beli telefon dengan mereka, jawapannya tidak. Mereka bijak menipu kerana mereka cuba tukar nama bapa saya yang tidak sesiapa pun boleh perasan kerana ia tidak ketara dengan nama asal IG saya. Tolong jangan percaya kerana saya tidak pernah beli telefon di mana-mana peniaga di IG.

"Itu bukan saya, saya harap jangan sesiapa kena tipu dengan mereka,” kata pelakon dan pengacara, Siti Elizad Mohd Sharifuddin yang berang apabila nama dan fotonya digunakan oleh peniaga alam maya untuk memperdaya pelanggannya.

Peniaga dari Instagram yang menjual telefon pintar itu mencipta satu perbualan di laman sosial tersebut yang menunjukkan mesej peribadi (DM) menggunakan nama dan foto Elizad memberitahu berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

Klik untuk gambar besar


Menurut Elizad dia sudah beberapa kali memberi amaran, namun ia seperti tidak diendahkan: "Saya sudah beberapa kali memberi amaran kepada mereka jangan ulangi perkara ini.

"Malang sekali saya tidak tahu siapa sebenarnya disebalik dalangnya dan hanya mampu beri amaran di IG Story," tuturnya lagi yang sebelum ini ada mendedahkan pengguna akaun @dkstorephone telah menggunakan namanya untuk memperdaya pelanggan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Siti Elizad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: