22 August 2020

GILIRAN MAWAR RASHID PULA BERHIJAB - MOHON DOA AGAR ISTIQAMAH



Sudah ramai artis serta selebriti kita membuat keputusan untuk berhijab dan tampil menutup aurat. Kinitiba giliran pelakon Mawar Rashid pula mengikut jejak. Isteri kepada pelakon Raf Yaakob itu mengumumkan penghijrahannya di laman Instagram miliknya sempena Awal Muraham yang disambut baru-baru ini.

Mawar yang mula mengenakan hijab pada Jumaat lalu meminta doa daripada orang ramai supaya dirinya sentiasa istiqamah dalam penghijrahannya itu: "Muharram 2, 1442. Berkat hari Jumaat, penghijrahan Mawar telah pun bermula Doakan Mawar sentiasa beristiqomah untuk sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT. Amin," tulisnya.

Meninjau di Instagram Mawar, pelakon itu dilihat sudah berhijab sejak beberapa bulan lalu dan gambarnya tidak memakai tudung pula sudah pun dipadam sepenuhnya. Diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis gembira serta menyambut baik penghijrahannya itu. Malah, turut meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar Mawar terus istiqamah hendaknya.

Untuk makluman, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.

Klik untuk gambar besar



 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Mawar Rashid & Raf Yaakob

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: