22 August 2020

"I'M HALF GERMAN, PART MALAY, PART CHINESE, PART TAMIL..." - MAYA KARIN 'BINGUNG' PAKAI APA



Sebelum ini kecoh di media sosial selepas seorang pengguna Twitter melabelkan pelakon, pengacara dan usahawan Mira Filzah sebagai 'cultural appropriation queen' sehingga menimbulkan perbalahan serta menuduh Mira cuba mengambil keuntungan melalui budaya mereka. Mira telah tampil membuat permohonan maaf dan mengakui tidak berniat untuk mengambil sebarang keuntungan daripada budaya kaum lain

Dek kerana itu, banyak pihak sama ada golongan selebriti mahupun orang biasa mula berkongsi gambar bahawa memakai pakaian daripada keturunan rakyat lain bukanlah menjatuhkan budaya lain, mahupun untuk mengaut keuntungan, tetapi hanya berkongsi minat dan rasa selesa.

Malah, pelakon dan penyanyi Maya Karin yang mempunyai pelbagai darah campuran juga membuat pertanyaan yang sama di Twitter dan Instagram miliknya: "I'm half German, part Malay, part Chinese, part Tamil. Can someone tell me what to wear and what not to wear?" tanya beliau seolah-olah 'marah' dengan perkara yang remeh temeh itu.

Klik untuk gambar besar


Sejak daripada dulu lagi, percampuran budaya berlaku di negara kita, malah bukan sahaja melalui cara pemakaian, tetapi juga melalui makanan serta beberapa tradisi lainnya termasuk perkahwinan asalkan tidak melanggar batas-batas agama.

Netizen yang mengikuti entri berkenaan tampil memberi pendapat berbeza dan rata-rata menggangap perkara itu sebagai sesuatu yang remeh untuk dijadikan isu dalam sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang majmuk ini.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Beautifulnara

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: