26 August 2020

HAFIZ ZAINAL: "SAYA DAH KENA TAMPARAN HEBAT, SUDAH TENTU MENTAL HARUS LEBIH KUAT..."



Sebelum ini, penyanyi dan komposer Ajai hangat diperkatakan dan menerima kecaman selepas dia hanya memberi dua markah kepada peserta Big Stage 2020, Hafiz Zainal dan menyifatkan nyanyian peserta itu sebagai 'out of tune'. Bagaimanapun, Ajai telah pun tampil meminta maaf.

Ketika ditanya berhubung isu tersebut, Hafiz berkata yang dia bersedia untuk menerima kritikan jika kualiti persembahannya masih gagal memuaskan hati pihak juri pertandingan itu.

Menurut Hafiz, kritikan yang diterima dari Ajai dalam konsert pertama membuatkan dia mahu menguatkan lagi mental dan lebih bersedia terhadap sebarang kemungkinan: "Minggu pertama saya dah kena tamparan hebat, sudah tentu mental saya harus lebih kuat dan bersedia dengan kemungkinan untuk menerima kritikan lagi selepas ini.

Klik untuk gambar besar


"Kita manusia biasa yang boleh lakukan kesilapan pada bila-bila masa, tetapi saya akan berusaha keras untuk sentiasa lakukan yang terbaik dalam pertandingan ini," katanya kepada Gempak.

Tambah Hafiz, selain berusaha keras, dia juga yakin dengan rezeki kurniaan Tuhan: "Apabila naik ke atas pentas, macam-macam boleh berlaku, kadang-kadang rasa gementar pun boleh menganggu kualiti persembahan. Apapun, selepas berusaha dan bekerja keras, saya menyerahkan semuanya kepada Allah, saya percaya pada rezeki-Nya," tuturnya menutup bicara.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: