26 August 2020

"KALAU ABANG MASIH HIDUP, MESTI ABANG HAPPY SANGAT" - NORA TIMANG CUCU SULUNG



"Subhanallah... MasyaAllah... Alhamdulillah... Segala puji hanya bagi Allah. Saya sangat gembira dan bersyukur diatas kurniaan ini. Gembiranya hanya Allah yang tahu. Hari ini 26 Ogos hari bersejarah," demikianlah tulis penyanyi Nora Ariffin yang kini bergelar nenek selepas anak sulungnya, Syakir Iman menimang cahaya mata pertama pada Rabu.

Nora, 46, menerusi laman sosial Instagramnya meluahkan rasa syukur atas kurniaan amat berharga itu. Nora turut memberitahu menantunya Eilya Sofea dan bayi lelaki yang diberi nama Ayden Johan itu berada dalam keadaan baik.

Malah, dia juga berkata, kelahiran itu pasti menjadi berita gembira kepada suaminya Johan Nawawi jika Allahyarham masih hidup: "Pa....kita dah dapat cucu dah. Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute dan macam Iman. Sama macam kita sambut Iman dulu," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi lagu 'Di Persimpangan Dilema' ini juga mengucapkan tahniah kepada keluarga menantunya dan berharap bayi berkenaan dapat menambah kebahagiaan dalam keluarga mereka.

"Tahniah kepada anak dan menantu saya, sesungguhnya anak itu anugerah dan amanah dari Allah. Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri dan kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami. Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat," tuturnya.

Sementara itu, Nora juga mendoakan cucunya itu bakal menjadi anak yang baik dan soleh seperti Allahyarham suaminya. Untuk makluman, Mohd Syakir Iman, 27, berkahwin dengan wanita pilihannya, Eilya Sofea Azman pada 12 Januari 2019.







www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nora Ariffin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: