"Bila orang tengok apa yang saya kongsikan sekarang di Instagram, ia bukan seperti imej saya sebelum ini. Jadi, orang dah fikir bukan-bukan. Sebab tu saya tak nak komen panjang pasal benda ni kerana bagi saya orang yang kecam ni selalunya bercakap sebelum tengok. Saya mahu netizen tengok dulu video muzik itu.
Shiha atau nama sebenar Nurshiha Mohd Zikir, 33, berkata, rata-rata pengguna laman sosial membuat andaian tanpa mengetahui sebab sebenar dia membawa imej sedemikian. Dalam pada itu, Shiha menjelaskan tindakannya memadam semua foto sebelum ini berikutan mahu peminatnya hanya fokus kepada lagu tersebut.
Klik untuk gambar besar
Penyanyi lagu 'Pipiyama' ini berharap lagu yang menampilkan penyanyi rap Noki dari kumpulan K-Clique akan mendapat penerimaan yang baik dari pendengar. Video muzik rasmi 'AEWO' bakal dilancarkan di YouTube pada Rabu ini.
"Saya tak nak orang tengok benda-benda yang saya pernah kongsi sebelum ini. Saya cuma nak mereka fokus pada single baharu saya. Jadi saya harap mereka akan peka dan terima la kelainan ni. Kenapa mereka boleh terima artis luar, tapi tidak penyanyi tempatan?" ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Shiha Zikir
________________________

No comments:
Post a Comment