Mengenai isu saman yang dikeluarkan adik iparnya, Ali Puteh, balu arwah Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali, 28, memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut. Menurut Hidayah, dia percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti.
"Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar," katanya ketika dihubungi.
Tambah Hidayah, apa sahaja yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey: "Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak," ujarnya lagi.
Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun dua bulan. Sebelum ini, Ali mengaku mengeluarkan saman terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment