28 August 2020

IKMAL AMRY MAHU TUNJUK 'BODY' DEKAT PRODUKSI, SEDAR DIRI TIDAK HEBAT BERLAKON



Pelakon Ikmal Amry yang bakal bergelar suami tidak lama lagi itu memberitahu dia tidak mempunyai masalah untuk melakonkan babak tidak memakai baju dengan bersyarat.

Bagaimanapun Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 26, berkata dia akan mencuba untuk mengelak daripada melakukan babak-babak yang melampau dan mengundang kecaman.

Ikmal menyedari bakat lakonannya tidak begitu baik seperti pelakon lain dan terpaksa menggunakan kelebihan bentuk badannya yang cantik bagi menarik perhatian pihak produksi.

Klik untuk gambar besar


"Saya bukan bukanlah seorang yang baik sangat tapi kalau ada babak yang melampau sehingga meminta dikecam, saya akan elakkan. Kalau babak yang perlu buka baju pun, selagi boleh elak... saya akan elak.

"Tapi kalau scene buka baju itu hanya saya seorang, tak ada masalah pun tapi kalau ada dengan pelakon perempuan saja saya elak. Lagipun, di Instagram pun saya ada tayang badan tapi bukan sebab nak show off atau tarik orang suka.

"Saya kongsikan foto itu sebab saya boleh tunjuk dekat produksi yang saya ada bentuk badan yang cantik. Itu kelebihan saya sebab sejujurnya saya berlakon tak ada la hebat macam pelakon lain," katanya.


Ikmal mengikat tali pertunangan dengan Najla pada 26 Mei lalu dan merancang untuk melangsungkan pernikahan pada 19 Disember depan di kampung wanita itu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Dalam pada itu, pelakon 'Gantung The Series' ini memberitahu dia sudah mempersiapkan diri untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.

"Persiapan saya banyaknnya daripada rohani la. Saya dah mula belajar semula ilmu yang pernah saya pelajari di sekolah maahad tahfiz dan saya cuba belajar macam mana nak jadi seorang lelaki dan suami yang baik.

"Saya banyak kuatkan diri dari segi itu. Duit saya tak risau sebab saya yakin Allah akan tolong orang nak buat baik. Saya cuma risau tentang diri sendiri... macam mana nak jaga anak dara orang. Saya pun ada bertanya soal rumah tangga dekat kawan-kawan yang sudah berkahwin," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ikmal Amry

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: