28 August 2020

TAHNIAH - AINAN TASNEEM BAKAL LAHIRKAN SEPASANG KEMBAR



"Alhamdulillah Allah beri rezeki Ainan dan Ariff untuk dapat sepasang kali ni. Insya-Allah baby boy dan girl. Kami semua gembira dengan berita ni. Salsabiela pun excited sangat nak dapat dua adik.

"Yang girl boleh la teman kakaknya main masak-masak. Yang boy pula boleh teman abuya pergi solat jemaah dan main futsal okay. Tak sabarnya nak start shopping baju-baju baby! Melalui keputusan pemeriksaan, doktor cakap Insya-Allah keadaan bayi semua sihat.

"Cukup sifat dan organ dalaman pun semuanya berfungsi dengan baik. Semoga Allah jaga dan lindungi bayi-bayi ni. Amin," kata penyanyi Ainan Tasneem yang melahirkan rasa syukur apabila dia dan suaminya, Mohamad Ariffudin bakal menimang sepasang anak kembar tidak lama lagi.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Redzuan, 28, berkata anak sulungnya iaitu Ainan Salsabiela yang kini berusia dua tahun sangat teruja apabila mengetahui bakal memiliki dua orang adik.

Klik untuk gambar besar


Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu 'Aku Suka Dia' itu berkongsi gembira tersebut menerusi laman Instagram dengan memuat naik foto imbasan kandungannya. Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi ucapan tahniah daripada netizen yang turut mendoakan segala urusan penyanyi itu berjalan dengan lancar.

"Terima kasih kepada semua followers yang tak jemu-jemu doakan kesihatan Ainan. Doakan juga semoga baby lahir cukup umur dan smooth delivery Insya-Allah. Ainan juga doakan pada semua yang masih menanti zuriat akan dikurniakan rezeki zuriat tak lama lagi. Aamiin Ya Rabb," ujarnya.

Untuk makluman, Ainan mendirikan rumah tangga dengan seorang jurutera iaitu Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 7 Januari 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Ainan Salsabiela, 2.

 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ainan Tasneem

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: