01 August 2020

INI KOMEN SHIHA ZIKIR BILA DIDAKWA BAWA IMEJ ILUMINATI



Baru-baru ini, penyanyi Shiha Zikir telah memadam semua foto di akaun Instagram miliknya, namun pada masa yang sama, bintang Dansa Dan Sing ini hanya memaparkan beberapa foto dan video 'teaser' lagu terbarunya bersama Noki K-Clique yang berjudul 'AEWO'.



Menerusi pemerhatian di ruangan komen, terdapat beberapa pengikut Shiha yang mempersoalkan tentang imej yang dibawa dalam video muzik tersebut kerana dikatakan menyerupai unsur bertentangan ajaran Islam atau Illuminati.

Dalam pada itu, ada juga peminat Shiha yang meninggalkan komen positif dan menganggap imejnya dalam video muzik itu hanya sekadar satu konsep seni.Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara itu, Shiha telah dihubungi oleh Astro Gempak untuk mendapatkan sedikit keterangan: "Saya okay sahaja, biarkan saya begini," kata Shiha yang enggan mengulas lanjut.

Menurut pihak pengurusan Shiha, video muzik rasmi AEWO akan dilancarkan di YouTube pada 5 Ogos 2020. Sama-sama kita nantikan!

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shiha Zikir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: