Pelakon Zila Bakarin mengakui kehidupan seharian yang dialui kini agak berbeza, sejak mula berhijab pada Februari lalu. Pemilik nama sebenar Rosmawati Bakarin, 45, berkata, biarpun terdapat perubahan dalam dirinya, namun dia masih sama seperti yang ramai kenali dahulu.
Katanya, walaupun dia masih seorang yang peramah Zila mula menjaga batas pergaulan terutama dengan golongan bukan mahram. Selain itu, pelakon drama 'Dendam Aurora' ini berkata dia juga belajar untuk menjaga percakapan serta perbuatannya demi menjadi muslimah yang baik.
Klik untuk gambar besar
"Kalau dekat set penggambaran dulu hidup saya bertepuk tampar dengan orang tu biasa saja... bergurau tu biasa saja, tapi sekarang kena ada batasan la. Tak manis dan tak elok la bila kita dah berhijab dan bertutup ni. Kita sudah melakukan tuntutan yang disuruh Allah, tiba-tiba dari segi mulut dan perbuatan kita tak melambangkan muslimah yang baik," ujarnya.
Bercerita tentang dirinya yang tidak diterima berlakon ketika fasa awal berhijab, Zila berkata, pihak produksi berbuat demikian kerana tanggapan netizen bahawa seseorang yang berhijab perlu berperwatakan baik dan bukan membawa watak antagonis.
Bagaimanapun, Zila tidak menyalahkan mana-mana pihak malah bersyukur kerana menganggap ini jalan terbaik untuknya sentiasa istiqamah dalam berhijab: "Mungkin pihak produksi tak percaya yang bila kita dah bertudung, kita masih boleh bawa watak jahat.
"Sebenarnya boleh saja, tak ada masalah... tapi mereka takut netizen mengkritik. Ramai ingat bila bertudung, semua baik. Memang banyak produksi tolak saya sebab mereka nak saya yang dulu, tapi tak sesuai. Bagus juga, Allah nak bagi saya rehat dan teruskan beristiqamah.
"Saya tahu Dia tak nak bila saya bertudung tiba-tiba saya jadi penggambaran dan jadi kekok dengan hidup saya. Kalau dah tertulis itu bukan rezeki saya maka ia bukan rezeki saya. Benda tu saya kena reda dan tak pernah rasa kecil hati atau marah," katanya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Zila Bakarin
________________________

No comments:
Post a Comment