08 August 2020

INI SEBAB SAHARUL RIDZWAN SELALU POST DOA DI INSTAGRAM



"Selalu jugak saya post doa dan impian-impian saya di Instagram. Nak beli rumah, nak ada anak perempuan, nak selesaikan semua hutang dengan orang. Dan syukur Alhamdulillah, apa yang saya doa dan impikan datang dan sampai pada waktunya dengan izin Allah. Syukur Alhamdulillah.


"Ada yang cakap, kalau nak doa bukan di media sosial, tapi doa tu antara kita sebagai hamba dengan Allah. Betul. Saya setuju. Tapi lepas banyak kali fikir, ada kebaikkannya jika saya sampaikan doa dan impian di media social.

"Kenapa? Sebab saya juga percaya bila ada orang yang baca apa yang kita impikan, dan dia jugak mendoakan kita, yang lebih alim dan baik dari kita. Insya-Allah, menjadi salah satu asbab termakbulnya doa itu.

Klik untuk gambar besar


"Terima kasih. Terima kasih atas doa anda semua," demikian perjelasan pelakon Saharul Ridzwan mengenai sebab dia sering menulis doa yang hendak Allah makbulkan di dalam kapsyen di media sosial seperti Instagram.

Saharul berkata dia ada pendapat tersendiri mengapa 'berdoa' di media sosial meskipun ada yang menganggap doa itu hanya antara hamba dan Allah. Saharul berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri yang sama, Saharul turut berkongsi satu lagi doanya buat perniagaan yang dibina bersama isterinya Qaabila.


"Dan hari ni, hari yang baik, penghulu segala hari, Hari Jumaat yang penuh baraqah, ada impian yang saya ingin kongsikan dan perlukan doa juga dari korang semua. Impian saya adalah untuk QAABILA, brand yang kami bangunkan untuk masa depan isteri dan anak-anak. Manalah tahu apa-apa jadi pada saya ke, sekurang-kurangnya ada mata pencarian buat anak anak dan isteri.

"Saya harap, dengan izin Allah, tahun hadapan tahun 2021, QAABILA akan lebih kukuh, dan makin berkembang. Kita boleh tolong family kecil kita, family terdekat dan insya-Allah boleh tolong orang lain juga yang pastinya sama macam nak memperbaiki hidup untuk lebih baik," katanya lagi.

Untuk makluman, Saharul dan Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Saharul Ridzwan & Qaabila Deena Emir


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: