02 August 2020

ISTERI SHUKRI YAHAYA DEDAH WAJAH & NAMA ANAK KEDUA, 'MALEEQ MIQAYL'



Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan menerusi laman Instagram telah berkongsi wajah serta nama anak keduanya iaitu 'Maleeq Miqayl' selepas lapan hari dilahirkan. Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 28, turut memuat naik video selepas tiga jam anak lelakinya lahir pada 20 Julai lalu.



Malah, menerusi kapsyen di perkongsian tersebut Tya memberitahu ada sesuatu kejadian yang berlaku ketika proses bersalin sehingga doktor dan jururawat panik: "Assalamualaikum semua. Nama saya Maleeq Miqayl. Video pertama itu, saya baru berusia tiga jam saja dekat dunia ni tau. Mummy bersalinkan saya normal 2.78 kilogram. Hari isnin 20 Julai 2020 pukul 2.18 petang.

"Masa nak bersalin tu saya ada buat gimik sikit dalam labour room tau. Sampai doktor and semua midwife cuak. Nakal kan saya? Gimik apa tu? Haaa... nanti suruh mummy cerita ok. Ok bai. Maleeq sayang semua orang!" tulis Tya di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Klik untuk gambar besar

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan memuji kecomelan Maleeq banyak mengikut raut wajah ibunya. Menerusi laporan mStar pada 20 Julai lalu, Shukri meluahkan rasa syukur dan teruja apabila isterinya iaitu Tya Adnan selepas melahirkan anak lelaki mereka.

Tya mendirikan rumah tangga dengan pelakon drama popular '7 Hari Mencintaimu 2' pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Pasangan itu juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaira Ameena yang kini berusia empat tahun.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Tya Adnan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: