31 August 2020

KEITH FOO KEKALKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN BEKAS ISTERI, TIADA SEBAB BERGADUH



Biarpun telah berpisah hujung tahun lalu, pelakon Keith Foo memberitahu yang dia masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya, Kim Raymond. Bagi Keith, 37, tiada sebab untuk dia dan bekas isteri bergaduh kerana mereka berpisah secara baik.

"Kami berpisah secara baik. Hubungan kami juga telah beralih, jika dahulu kami suami isteri, kini kami menjadi sahabat baik. Kami juga telah berjanji, apa yang terjadi pun, anak menjadi keutamaan. Kami harus berfikir mengenai keadaan anak dan mahu menjaga anak bersama-sama biarpun telah berpisah," ujar Keith.

Kembali mewarnai dunia lakonan selepas dua tahun menumpukan fokus terhadap anak, Keith bersedia untuk terus aktif: "Saya tak mahu terlepas melihat anak membesar. Memandangkan anak sudah masuk usia 3 tahun, saya boleh kembali bekerja semula.

"Walaupun orang kata saya berehat ketika nama menjadi sebutan, saya tak menyesal kerana anak lebih utama. Kini, saya sudah bersedia mahu kembali aktif dan mencari momentum untuk terus bekerja dalam dunia lakonan," kata Keith yang mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan, Skylar Raymond Foo pada 30 Mei 2017.





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Keith Foo

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: