31 August 2020

"TERASA HIBA BERCAMPUR HAPPY... DAH NAK JADI SUAMI ORANG ANAK IBU NI" - JASMIN HAMID



"Terasa hiba bercampur happy sebab tak lama lagi, anak lelaki sulong saya akan tamatkan zaman bujangnya. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu dan menjadi khalifah yang terbaik untuk bidadari mus, son..

"Dah nak jadi suami orang anak ibu ni. No matter what, you are always my baby.. Kasih ibu hingga jannah,"demikian kata pelakon Jasmin Hamid yang mengumumkan bahawa anak lelaki pertamanya, Lukhman Hakim bakal mendirikan rumah tanggan tidak lama lagi.

Dia dilihat telah memuat naik sebuah foto bersama anaknya itu di laman instagram miliknya baru-baru ini. Dalam pada itu, dia turut meminta doa orang ramai agar urusan anaknya itu dipermudahkan. 

Klik untuk gambar besar


Para peminat serta pengikut pelakon '7 Hari Mencintaiku' itu rata-rata mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya urusan perkahwinan Lukhman dipermudahkan.

Untuk makluman, Jasmin Hamid mempunyai seorang lagi anak angkat bernama Rohana selain Lukhman. Selain itu, hasil perkahwinan bersama bekas suami, Ian Rashid, mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ian Haziq.



www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Jasmin Hamid & Lukhman Hakim

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: