23 August 2020

KELUAR SAMBUT BIRTHDAY ANAK SAUDARA KETIKA BERPANTANG - FASHA DIKRITIK



"Demi anak buah sulung mami, dalam berpantang pun mami sanggup keluaq. Happy birthday in advance sayang mami! Semoga sukses dan mencapai cita2. Mami loves you 💖❤️ #familyiseverything," demikian kata pelakon Fasha Sandha.

Fasha memberitahu dia sanggup keluar demi meraikan sambutan hari lahir anak saudanya diluar meskipun masih dalam proses berpantang dan walaupun belum sepenuhnya sihat daripada melahirkan.

Perkongsikan Fasha itu menimbulkan rasa kurang senang netizen mengkritik tindakan pelakon itu kerana bimbang ada perkara yang tidak diingini berlaku kerana baru sahaja melahirkan. Malah netizen turut memberi teguran, dalam keadaan negara masih belum bebas dari pandemik Covid-19 adalah lebih baik jika duduk sahaja di rumah.

Klik untuk gambar besar


Walaupun ada yang bimbang dengan keadaan Fasha, namun ramai juga mengatakan tidak mengapa asalkan pandai menjaga diri. Netizen juga berpesan supaya menjaga diri dan jalani proses berpantang dengan sebaiknya.

Untuk makluman, Fasha baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya dengan pelakon Aidil Aziz tiga minggu lalu iaitu pada 7 Ogos. Fasha tidak lokek berkongsikan wajah puteri kesayangan mereka yang diberi nama Aisha Amaira buat peminat.











www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Ohmymedia, Instagram Fasha Sandha & @andrieyanamahsuri

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: