23 August 2020

BUAT UJIAN COVID-19, BAKAL JALANI PEMBEDAHAN - NOURUL LEGA NEGATIF



Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi Nourul Depp memberitahu sebelum menjalani pembedahan pada Rabu depan, dia melakukan ujian COVID-19 pada Sabtu. Jelas Nourul, ujian tersebut dilakukannya bukan kerana punyai simptom sebaliknya salah satu syarat.

"Saja berjalan kat hospital buat swap test! Nak rasa! Hahaha. Dak aih. Sebab nak kena buat minor operation rabu ni. So kita kena buat test lah. Tunggu result dalam dua jam.

"Geli ja hangpa. Tak sakit pun. Cuba pergi buat kalau nak rasa selamatkan. Saja la. Takut sebarkan kat orang dengan tak sengaja kan," kongsi Nourul menerusi Instagramnya.

Klik untuk gambar besar


Tambah Nourul perasaannya sebelum mendapat keputusan ujian COVID-19 itu umpama menunggu keputusan peperiksaan. Nourul bagaimanapun berasa lega apabila dia negatif virus COVID-19.

"2 jam selepas test COVID-19. Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah. Hangpa tak tau kami nak ambik result macam nak ambik result periksa, rasa nak muntah nak b***k semua ada.

"Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Pergi buat test. Supaya kita tau condition kita," saran Nourul yang bagaimanapun tidak mendedahkan prosedur pembedahan minor yang bakal dijalani pada minggu hadapan.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nourul Depp

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: