23 August 2020

ACHEY ADA CARA BANTU BALU ABAM: "TAK SEDAPLAH TIAP BULAN BAGI DUIT..."



Semua sedia maklum mengenai keadaan balu arwah Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali meneruskan hidup bersama anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey dengan berniaga antaranya menjual cempedak goreng.

Dek kerana itu, pelawak Achey berkata dia dan Fad sentiasa memberi sokongan dan bantuan sewajarnya kepada balu arwah Abam. Selain kewangan, Achey memberitahu dia turut membantu mempromosikan perniagaan cempedak goreng yang diusahakan oleh Nor Hidayah di Sabak Bernam, Selangor.

"Saya masuk live Instagram dia untuk bantu perniagaannya, memang dahsyat juga perniagaan dia. Tak sedaplah tiap bulan bagi amaun (duit), dia pun buat bisnes kita bantu promosi dari jarak jauh. Nak pergi ulang-alik ke Sabak Bernam tu jauh juga... dia masih kuat berdepan ujian ini semua," katanya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Achey Bocey, Abam Bocey & Nor Hidayah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: