23 August 2020

KHIR RAHMAN: "2/100 UNTUK AJAI DARI SUDUT KEMATANGAN MANUSIAWI, 60/100 GILA VIRAL"



"Saya tonton ulang siar Big Stage 2020. Secara peribadi saya berikan 2/100 markah untuk Ajai dari sudut kematangan manusiawi. 60/100 daripada sudut gila viral," demikian tulis pelakon dan pengarah Khir Rahman menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.

Khir menyifatkan tindakan penyanyi dan komposer Ajai memberikan markah 2 peratus kepada bintang Big Stage 2020 adalah kurang matang. Jelas Khir, secara peribadinya, markah 2 peratus itu wajar diberikan kepada Ajai daripada sudut kematangan manusiawi.

Terdahulu, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah dalam sejarah kepada Hafiz Zainal ketika menyanyikan lagu Fly Me To The Moon.

Markah itu dinilai berdasarkan persembahan dan vokal setiap peserta. Tindakan Ajai itu melakar sejarah markah terendah dari juri dalam mana-mana pertandingan realiti di Malaysia.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: