09 August 2020

KIRA-KIRA SEMINGGU LAGI - EYRA HAZALI MAHU BERSALIN NORMAL



Pelakon Eyra Hazali yang kini sedang sarat hamil dan menunggu detik melahirkan cahaya mata sulung pada bila-bila masa itu mahu bersalin secara normal. Isteri kepada penjaga gawang Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli, ini memberitahu, doktor memberi bayangan keinginan untuk bersalin secara normal boleh menjadi nyata.

"Melihat pelbagai aspek dan sudut, saya tidak masalah bersalin normal. Lagipun, bersalin cara normal lebih rendah risikonya berbanding pembedahan. Tetapi apa-apa kemungkinan boleh terjadi.... Sama bersalin normal atau sebaliknya, saya reda. Kalau boleh, diharapkan impian bersalin secara normal menjadi nyata," ujarnya.

Eyra berkata, mengikut perkiraan, anak sulung mereka yang sudah disahkan lelaki, dijangka dilahirkan, kira-kira seminggu lagi: "Sekarang, saya 'standby' sahaja pada bila-bila masa hendak bersalin," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Pelakon drama 'Mr Grey' ini mengaku semakin menghampiri detik bersalin, dirinya gementar: "Ini pula pengalaman sulung hendak melahirkan anak. Saya tidak dapat menjangka apa yang akan terjadi. Kebelakangan ini, saya amal senaman dan pergerakan tertentu supaya proses bersalin secara normal jadi mudah," tuturnya.

Eyra atau nama sebenar, Hazirah Qasalina Hazali memberitahu, dia akan bersalin di sebuah pusat perubahan di ibu negara: "Mujur keluarga dan mentua menjaga saya. Suami pula ada komitmen di Johor Bahru dan tidak dapat bersama sepanjang masa," kata Eyra yang berkahwin dengan Haziq pada 1 November 2019.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Eyra Hazali


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: