15 August 2020

NAMA BABY BOY - EYRA HAZALI & SUAMI PILIH 'MUHAMMAD HAYDER QHALISH'



"Alhamdulillah 💙 Muhammad Hayder Qhalish bin Muhammad Haziq. Friday, 14/08/2020 at 14:18 🥰," tulis pelakon Eyra Hazali yang berkongsi foto serta nama bayi lelakinya menerusi laman Instagram miliknya.

Selepas 21 jam bertarung dalam wad dan dewan pembedahan, Eyra Hazali, 21, selamat melahirkan anak sulung di sebuah pusat perubatan di ibu kota, jam 2.18 petang, semalam. Bayi dengan berat 3.25 kilogram itu menjadi tanda cinta Eyra bersama bersama penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli. Eyra mengambil cuti berlakon setahun untuk menumpukan perhatian pada anak dan suami.

Dalam masa sama, Haziq turut berkongsi foto dan nama bayi mereka, sebenar tadi: "Alhamdulillah 14.08.2020 14:18pm !! Muhammad Hayder Qhalish hadir dalam keluarga kecil kami @eyra.hazali semoga keluarga kecil kami dilindungi dan diberkati Allah 🙏🏻🙏🏻. Thank you so much sayang @eyra.hazali," tulis Haziq pula.

Sementara itu, Eyra berkata, dia bersyukur semuanya selamat biarpun mengambil masa hampir 24 jam bertarung: "Alhamdulillah, biarpun makan masa lama, semuanya dipermudahkan. Impian saya nak bersalin normal jadi kenyataan," kata Eyra yang mendirikan rumah tangga dengan Haziq pada 1 November 2019.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Eyra Hazali & Haziq Nadzli


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: