Baru-baru ini, pelakon Didie Alias telah menziarahi pelakon veteran, Abu Bakar Juah yang kini telantar sakit dan uzur di kediaman pelakon senior terbabit. Didie yang berkongsi perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya, itu memohon agar peminat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan pelakon berkenaan.
"Ya Allah Ya Tuhanku Kau Permudahkanlah Urusan Ayahanda Kami @abubakarjuah. Sesama kite sedekahkan Alfatihah buat Ayah ye...," tulis Didie dalam entri di Instagram yang mendapat perhatian daripada warganet.
Malah, rakan selebriti juga turut menzahirkan rasa serta mendoakan agar Abu Bakar diberikan kesihatan yang baik. Sementara itu memetik Harian Metro, bintang veteran berusia 72 tahun itu dilaporkan menghidap penyakit kanser hati.
Menurut anak ketiganya, Safinas Abu Bakar, bapanya kini hanya terbaring selain tidak mampu memberi maklum balas dengan baik. Beliau sebelum ini dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak dua minggu lalu selepas dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Didie Alias
________________________

No comments:
Post a Comment