12 August 2020

DIKECAM MELAYU KAFIR ATAU MELAYU ISLAM - INI BALAS QUE HAIDAR



"Alhamdulillah ada yang sudi tegur saya. Tapikan lebih indah kalau guna bahasa yang lebih baik kerana anda Melayu serta beragama Islam. Apa yang saya tahu kita ada bahasa yang lebih indah serta Islam pun mengajar kita bercakap benda yang baik-baik," demikian tulis pelakon Que Haidar apabila dikecam oleh seorang warga maya mengenai adabnya berswafoto di kubur bersama isteri, Linda Jasmine dan anak-anaknya.

Netizen tersebut mendakwa Que tergolong orang yang jahil mengenai adab di kubur. Que memuat naik paparan skrin komen pengikut tersebut di IG. Pelakon tersebut turut memberi respon mengenai komen tersebut di dalam kapsyennya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang lain apabila merasakan tindakan netizen itu melampau dan tidak beradab. Terdahulu, menerusi sebuah entri di IG, Que memuat naik fotonya bersama isteri dan anak yang sedang menziarahi kubur.

Namun Que tidak memberitahu pusara siapakah yang diziarahi. Que Haidar dan guru tari Linda Jasmine telah berkahwin pada 14 Februari 2009. Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Tengku Ratu Haidar, 10, dan Tengku Cleopatra Haidar, 8. Linda juga mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Qalif Khan hasil perkahwinan sebelum ini.

Klik untuk gambar besar




 

 
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Que Haidar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: