Cerita mengenai pendakwah Ustaz Abu Syafiq sudah lama tidak mendengarnya, namun baru-baru ini kenyataannya di salah satu entri yang dimuat naik di laman Instagram itu menjadi perhatian ramai apabila mengatakan pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya haram.
Menerusi perkongsian tersebut, Ustaz Abu Syafiq menyatakan bahawa pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di dunia ini. Ujarnya, ramai YouTuber diluar sana dimana hidup mereka merana: "Pendapatan dari Youtuber ada halal ada haram. Namun kini banyak yang haram juga. Menjadi seorang Youtuber bukanlah menjamin kesenangan hidup duniawi. Lebih ramai Youtuber yang merana berbanding yang okey sedikit,” tulisnya.
Katanya lagi, banyak lagi pekerjaan di luar sana yang boleh dilkaukan dan seeloknya jauhkan diri daripada menjadi YouTuber yang mendatangkan memfitnah: "Banyak kerja di luar sana yang memerlukan anda. Jauhi fitnah Youtuber yang jenis sering memfitnah. Beryoutuberlah secara halal dan tidak menyusahkan diri sendiri dan keluarga," katanya yang tidak menyatakan kepada siapa kenyataan itu ditujukan.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Ustaz Abu Syafiq
________________________

No comments:
Post a Comment