02 August 2020

PELIK TAPI BENAR - TELINGA BAYI PELAKON GERAK KHAS BERBENTUK KALIMAH ALLAH



"Alhamdulillah....syukur pada Mu Ya Allah....kerana menghantar pada ku satu lagi rezeki yg amat bernilai buat ku....sesungguhnya Kau telah bukti kebesaran Mu....di saat dunia akhir zaman....dan aku amat berbangga....kerana anak ku adalah pilihanMu.

"Allahhuakhbar.....terima kasih isteriku....kau lah insan bertuah kerana mengandung insan terpilih....Alhamdulillah," demikian kongsi pelakon Gerak Khas, Mohd Zamri Ibrahim yang teruja menyambut kelahiran anak kelimanya yang kedua-dua telinganya mempunyai tanda kelahiran seolah tulisan kalimah Allah SWT pada 21 Julai lalu.

Tambahnya, ketika isterinya melahirkan anak perempuan mereka, dia tiada bersama kerana berada di luar Kelantan atas beberapa urusan.



"Namun selepas semuanya selesai saya membuat panggilan video melalui aplikasi WhatsApp untuk iqamatkan bayi kami yang baru dilahirkan,” jelasnya.

Untuk makluman, perkara itu disedari isterinya, Fazilawati Ismail, sehari selepas anak perempuan mereka yang dinamakan Faizatul Azwin Mohd Zamri, dilahirkan.

"Selepas melihat keistimewaan yang dimiliki anak kami, isteri saya kemudian menghantar gambar melalui aplikasi WhatsApp untuk saya melihatnya sendiri.

Klik untuk gambar besar

"Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia adalah kurniaan Allah SWT buat kami kerana memiliki cahaya mata yang kedua-dua telinganya bertanda kalimah Allah SWT.

"Ini adalah kebesaran-Nya dan saya mahu Faizatul Azwin menerima didikan Islam yang sempurna.

"Setiap kali selepas solat, isteri membaca surah Yusuf dan Maryam, malah sebelum tidur dia juga tidak ketinggalan mengamalkan surah al-Fatihah dan ayat Kursi. Bukan itu saja, sebagai suami saya juga selalu berselawat," ujarnya dipetik sebagai berkata.


www.myartis.com / Sumber: BH


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: