02 August 2020

DIDAKWA BAGI ELAK BAYAR NAFKAH BANYAK - BEKAS SUAMI UGUT MAHU AMBIL ANAK-ANAK



"Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, dia mengugut mahu mengambil dua anak yang masih kecil" demikian dakwa bekas isteri Imam Muda Syed Faris iaitu Nur Hidayu Rosly, 33, mengenai bekas suaminya itu yang mengugut untuk mengambil dua anak mereka yang masih kecil.

Sehubungan itu, dia memohon doa orang ramai supaya majlis sulh yang dibuat membabitkan tuntutan nafkah anak pada 11 Ogos ini dan hadhanah (penjagaan anak) pada 9 September depan, dipermudahkan Allah SWT.

Tindakannya itu adalah untuk menuntut hak lima anaknya berumur antara lapan bulan sehingga 12 tahun selepas bercerai dengan bekas suaminya pada 28 Mei lalu.




"Saya ada WhatsApp bekas suami untuk hadir ke mahkamah pada 11 Ogos ini dan 9 September, depan. Tapi, masih lagi tiada jawapan.

"Semoga Allah memudahkan urusan semua yang terbabit. Saya hanya nak tuntut hak anak-anak saya," ujarnya dipetik sebagai berkata atas tuntutan hadhanah yang dibuatnya itu kerana dua anaknya masih kecil serta seorang berumur tiga tahun, manakala yang kecil baru berusia lapan bulan dan masih menyusu.

"Dia ada masukkan duit dua hari lepas. Alhamdulillah, semoga abah mereka (bekas suami) berubah dan tahu tanggungjawab dia terhadap anak-anak.

"Apatah lagi, dua yang kecil masih menyusu dan memang menjadi tanggungjawab saya. Namun, jika abah mereka nak ambil atau berjumpa boleh saja.

"Saya dan bekas suami pun tak minta untuk keadaan menjadi sebegini. Semuanya berlaku di atas kehendak Allah SWT," katanya yang sebelum ini kisahnya menjadi perhatian warganet apabila membuat pendedahan diceraikan finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014 itu selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar

Nur Hidayu diceraikan dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

Sepanjang 13 tahun berkahwin, pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata iaitu Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Malah, sepanjang perkahwinan itu juga, Nur Hidayu pernah mengalami keguguran sebanyak empat kali.

Malah yang lebih mengejutkan, untuk menutup kisah pergolakan rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum, Syed Faris didakwa sanggup meminta Nur Hidayu menandatangani perjanjian hitam putih untuk memastikan perkara itu dirahsiakan.

“Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, Syed Faris malu jika kisahnya tersebar,” dedahnya.

Meskipun pada awalnya nekad mahu menutup hal dalam kain suami, namun Nur Hidayu nekad mendedahkan segalanya selepas Syed Faris sanggup menghalaunya daripada rumah sewaktu tempoh PKP.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: