"Baru-baru ini keadaan kesihatan Allahyarham didapati semakin lemah dan dia juga kurang selera makan.
"Oleh itu, keluarga membawa Allahyarham mendapatkan rawatan di hospital pada Selasa lalu, selepas dia dilihat semakin uzur," demikian menurut pengurus Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid, iaitu Siti Zabedah Salim.
Allahyarham Saadiah yang juga ibu kepada lapan anak menghembuskan nafas terakhir di hadapan ahli keluarganya.
Difahamkan, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sakinah Kiara 2, Bukit Kiara, jam 10 pagi semalam.
________________________

No comments:
Post a Comment