02 August 2020

AINAN TASNEEN LUAH SYUKUR HAMIL KEMBAR: " BERBEZA KANTUNG & BERBEZA URI"



Menerusi satu entri di laman Instagram, penyanyi Ainan Tasneem telah mengumumkan berita gembira dimana dirinya kini hamil anak kembar. Menurut Ainan, dia sendiri tidak menyangka berpeluang untuk merasai nikmat mempunyai anak kembar. Tambah Ainan lagi, anaknya itu merupakan kembar tidak seiras.



"Ramai yang tanya tentang pregnancy Ainan kali ni. InsyaAllah... It’s gonna be a fraternal twin. Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar. Twin ni kembar tak seiras. DCDA type. Dorang berbeza kantung dan berbeza uri. Jadi jantina pun boleh jadi antara lelaki dan perempuan, both boys or both girls.

"Syukur sangat. Tak sangka juga ada rezeki boleh dapat kembar. Mula-mula dapat tahu berita ni macam terkejut sangat tapi teruja! Salsabiela pun excited bila dpt tahu dia bakal dapat dua adik. Haritu 1st trimester loya teruk sangat, tapi Alhamdulillah dah masuk 2nd ni dah beransur okay. Now dah 4 bulan lebih. Selera pon dah makin banyak sampai berat naik mendadak," coretnya.

Ainan juga berharap pengikut Instagramnya dapat mendoakan kesejateraan kembar dalam kandungannya: "Ainan nak mohon doa daripada semua supaya kandungan Ainan sentiasa sihat dan selamat," tulis bintang Youtube ini yang melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan, Ainan Salsabiela pada 2 Mac 2018.

Klik untuk gambar besar








www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ainan Tasneen & @ariffudin66


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: