"Bidadariku, selamat ulangtahun perkahwinan kita 1/8/08. Rezeki kita telah bersama 12 tahun InsyaAllah cinta sampai syurga. Kurnia Allah. Terima kasih menjadi bidadari dalam hidup abang. Syukur pada Allah yang menemukan kita. 12 tahun kita bersama. Macam mimpi.
Terima kasih menemani perjalanan hidup ini. I love u bidadariku," demikianlah ucapan pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menerusi laman Instagram, sempena menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 pada semalam, 1 Ogos 2020.
Klik untuk gambar besar
Ebit bersyukur kerana selama 12 tahun hidup bersama isterinya, dia rasa amat bahagia seperti baru semalam berkenalan. Menerusi entri terbabit, Ebit turut berkongsi sebuah video bersama isterinya ketika berada di pasarayanya, Elewsmart.
Tambah Ebit lagi, dia tidak mungkin boleh berdakwah dan berkhidmat kepada masayarakat tanpa sokongan isterinya selama ini. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum serta terinspirasi dengan cara Ebit melayan isterinya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ustaz Ebit Lew
________________________

No comments:
Post a Comment