26 August 2020

PERMOHONAN TUBUH YAYASAN BELAJAR AL-QURAN DILULUSKAN - DATUK RIZALMAN SEBAK



Menerusi satu muatnaik di laman Instagram, pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim memaklumkan kepada para pengikutnya berita gembira apabila permohonannya untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian al-Quran bagi golongan dewasa untuk belajar mengaji telah pun diluluskan.

Dalam status yang sama, Rizalman turut meluahkan rasa syukur dan sebak apabila niat baiknya itu dipermudahkan oleh Allah. Rizalman turut memuat naik surat kelulusan untuk pusat pengajian miliknya itu yang diberi nama Yayasan RI.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur serta mendoakan segala usaha Rizalman dalam melakukan kebaikan akan diberkati dan dpermudahkan.

Pada awal Ogos lalu, Rizalman menyatakan hasratnya untuk menubuhkan yayasan tersebut. Rizalman mahu sama-sama membantu mereka yang ingin belajar dan memperbetulkan bacaan Al-Quran dan sedang mencari tempat, tenaga pengajar dan lokasi pertama adalah di Johor Bahru.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Datuk Rizalman

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: