26 August 2020

PENAMPILAN BERBEZA ENGKU EMRAN



Lain dulu, lain sekarang!

Demikianlah dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, yang kelihatan tampil berbeza dengan rambut panjang dan misai tebal yang hampir menutup mulutnya.

Gambar penampilannya yang tidak kemas dipercayai selepas melakukan aktiviti berbasikal yang dikongsikan di media sosial ternyata mengundang perhatian ramai.

Netizen dengan segera terus membuat perbandingan imej yang dulu dengan sekarang dan menganggap apa yang berlaku ada kaitan dengan perceraiannya.

Ini kerana, penceraiannya dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada Julai lalu dikatakan memberi kesan terhadap Engku Emran.

Lebih sebulan bergelar duda, keadaan Emran dikatakan tidak terurus berbanding ketika bergelar suami yang sentiasa kelihatan kemas dan segak.

Untuk makluman, Emran mengahwini Laudya pada 8 September 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun sebelum mengambil keputusan bercerai secara baik. Melalui perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan anak. - HM

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: