26 August 2020

BATU KARANG DALAM HEMPEDU PUNCA ALMY NADIA JATUH SAKIT



Jika semalam, Datuk Fizz Fairuz mengatakan mereka baru nak buat masa endoskopi kerana mereka tidak tahu apa penyakit isterinya, Almy Nadia, terkini doktor mengesahkan Almy menghadapi masalah batu karang dalam hempedu.

"Insya Allah, doa daripada semua akan menyembuhkan isteri saya. Take care (jaga diri) sayang," kongsi Fizz, yang mengatakan sahaja penyakit dialami itu adalah penghapus dosa dan semoga dipermudahkan segalanya.

"Menerusi pemeriksaan, doktor mengesahkan Almy menghadapi masalah batu karang dalam hempedu. "Bagaimanapun, Almy perlu menjalani pemeriksaan pengimejan resonans magnet (MRI) untuk menentukan rawatan sesuai membuang batu karang berkenaan," tambahnya.

Kongsi Fizz lagi, masalah batu karang dalam hempedu dialami Almy tidak kritikal, tapi banyak dan halus-halus.

Bagaimanapun, dia bersyukur melihat keadaan kesihatan isterinya sekarang semakin baik.

Untuk rekod, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Klik untuk gambar besar


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: