26 August 2020

ADA YANG DAKWA ARA JOHARI KAKI MINUM, BETUL KE? - INI RESPON ARA!



Gara-gara Ara Johari pernah menarik diri pada saat akhir untuk menjayakan sebuah program TV akibat masalah kesihatan, tiba-tiba tular pula dakwaan di media sosial yang mengatakan masalah kesihatan tersebut berpunca daripada tabiat penyanyi itu yang 'kaki botol'.

Aikkkk... biar betul? Takkanlah Ara yang manis dan ceria ni minum minuman berakohol macam tu. Memang sikitpun tak percaya!

Jom baca penjelasan Ara sendiri dalam hal ini. Tegasnya, dia berani bersumpah dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah semata-mata. Iyalah, mungkin ia disebarkan oleh pihak yang sakit hati dengannya.

"Saya akui ramai gila yang kata saya kaki minum tapi, saya berani bersumpah yang saya tidak pernah minum dan sentuh minuman beralkohol atau bahan-bahan terlarang yang lain seperti dadah.

"Saya agak kecewa bila dakwaan seperti ini berlaku tapi mulut orang kita tak boleh nak tutup.

"Saya hanya go with the flow dan biarkan sahaja apa orang nak kata. Saya tahu diri saya dan saya tidak pernah ambil atau terlibat dengan perkara sedemikian.

"Bagi saya perkara ini sangat sensitif dan ada kala saya juga berasa marah tapi mulut manusia saya tidak boleh kawal.

"Janji diri saya dan orang sekeliling tahu diri saya macam mana itu sudah cukup bagi saya," ujarnya dipetik sebagai berkata ketika ditemui Media di majlis sidang media tayangan perdana kandungan Astro sempena Hari Kemerdekaan yang ke-63 yang berlansung di TPC, Kuala Lumpur.

"Saya berkawan dengan semua orang dan saya akui ada juga diantara mereka yang agak sosial. "Tapi segalanya berbalik kepada diri kita sendiri. Kalau kawan kita minum takkanlah kita nak minum juga.

"Biarkanlah dia kerana kita yang membentuk diri kita sendiri," tambahnya. - MH

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: