26 August 2020

CARI CALON - SIAPA KORANG RASA SESUAI JADI ISTERI PUTERA MATEEN?



Ramai yang kenal dengan Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen yang merupakan anak ke-10 Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Kehidupan mewahnya mengalahkan putera Arab hingga ada yang geleng kepala melihat perbelanjaannya memandangkan mereka hanya mampu makan lauk ikan masin sahaja.

Apa yang menarik perhatian, Putera Abdul Mateen tinggal di istana mewah Brunei yang dikatakan mempunyai sebanyak 1877 buah bilik yang bertahtahkan emas, berlian dan perak.

Dia juga memiliki50 kereta Mercedes, 66 Ferrari, 20 Bentley, 20 BMW, 17 Jaguar, 15 Porche, 10 Rolls Royce dan 3 Lamborghini.

Bukan itu sahaja, malah dia juga memiliki rupa paras yang kacak, hingga menjadi lelaki impian ramai gadis yang inginkan 'full package' sebagai calon suami.

Dan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-29 baru-baru ini, ada khabar angin yang mendedahkan bahawa Putera Abdul Mateen telah meluahkan hajat untuk mencari calon isteri. Bagaimanapun, dia mahu mencari wanita yang mempunyai minat yang sama dengannya.

Klik untuk gambar besar


Untuk info, Putera Abdul Mateen pendidikan dari Royal Military Academy Sandhurst 2014, dan meminati sukan Polo, Aircraft dan juga pencinta alam semulajadi.

Selain itu, difahamkan kerabat diraja Brunei turut meluahkan hasrat untuk mencari calon isteri buat Putera Abdul Mateen, Ini kerana, usianya kini sudah makin matang dan amat sesuai untuk berumah tangga.

Jadi... anda rasa siapakah yang paling sesuai dijodohkan dengan Putera Abdul Mateen? Penyanyikah. pelakon, penyampai berita, model atau mungkin hanya gadis biasa yang bermimpi menjadi Cinderella!

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: